Saturday 21 April 2012

Tips Berguna

BERSENAM dapat meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Cepat atau Lambat Penurunan berat badan berbeza mengikut bio-kimia dan tahap Metabolisma badan masing-masing.

Cara Terbaik Tingkatkan Metabolisma!..
METABOLISMA berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.

Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.

Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.

Tips semulajadi untuk tingkatkan kadar metabolisma
Bagi anda yang mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi lebih perlahan.

Ada 6 cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :

  1. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  2. Jangan sesekali meninggalkan SARAPAN PAGI
  3. Makan lebih kerap (5-6 Hidangan kecil2 contoh protien & sayur-sayuran)-Untuk Diet SD2 sahaja
  4. Minimum 2 liter @ 8gelas air kosong  sehari dapat membantu mempercepatkan kadar metabolisma, mengelakkan dihaidrasi & membantu membakar kalori.
  5. Minum teh hijau tanpa gula
  6. Mendapat rehat yang secukupnya.
Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.

Motivasi

Bersediakah anda untuk menurunkan berat badan dengan bersungguh-sungguh?
Kita seringkali menasihati anak2 supaya belajar bersungguh-sungguh agar lulus & berjaya dalam pelajaran..Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik belajar yang betul serta usaha berterusan yang bersungguh2 pasti membuahkan hasil & kejayaan......

SAYA AKAN BERUSAHA!!..
SAYA PASTI BOLEH!!

Sama seperti usaha kita untuk TURUNKAN BERAT BADAN...semuanya memerlukan PERANCANGAN,TEKNIK & USAHA yang bersungguh-sungguh..kita pasti BERJAYA KURUS sekiranya MENGAMALKAN TEKNIK YANG BETUL & MENGIKUT ATURCARA YANG DISYORKAN....Tindakan MENGELAKKAN KARBOHIDRAT & GULA semasa berDIET dengan SD2 adalah salah 1 teknik yang betul dan pasti akan mendapat KEJAYAAN iaitu memiliki BADAN KURUS seperti yang di idamkan....


KEJAYAAN MEMERLUKAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH!..BERFIKIRLAH SECARA POSITIF & TETAPKAN MATLAMAT ANDA UNTUK BERJAYA KURUS..BERUSAHALAH KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT!..ANDA PASTI BERJAYA!..
MEREKA TELAH BERJAYA!!!..
ANDA BILA LAGI???...

PERLUKAN KHIDMAT NASIHAT KAMI UNTUK MEMBANTU ANDA KURUS??..
SILA HUBUNGI JURURUNDING TERLATIH KAMI..HOTLINE 017-2666987..
 




Harga & Pakej SD2

Harga adalah mengikut PAKEJ & Keperluan BERAT YANG PERLU DITURUNKAN:
Pilihan Pakej yang kami tawarkan :


Pakej 1
Program Diet Protien SD2 (5 Minggu)
Penurunan 8 - 12 KG
4 Tin SD2 + 1 Tin FiberMax + 1 UrinScan

Pakej 2
Program Diet Protien SD2 (7 Minggu)
Penurunan 10 - 20 KG
6 Tin SD2 + 1 Tin FiberMax + 1 UrinScan

Pakej 3
Program Diet Protien SD2 (12 Minggu)
Penurunan 20 - 30 KG
12 Tin SD2 + 2 Tin FiberMax + 1 UrinScan

Hubungi Pengedar Kami:
SMS"Info SD2"/call untuk Info,Harga & Promosi.
Hotline 017-266 6987





SD2 HALAL & Produk ini diINSURANSkan

Supplement Pelansingan Slim Diet 2 adalah HALAL, TIADA KESAN SAMPINGAN, SELAMAT serta KEBERKESANANNYA DIJAMIN 100%..
Sijil HALAL dari Jabatan Agama Islam Malaysia
Siji HALAL dari New Zealand
N.Z New Image Sdn Berhad beralamat di :
55-6 The Boulevard offices, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur, 
59200 WP Kuala Lumpur

Testimoni Berjaya Merupakan Kekuatan Kami

KESAN & AKIBAT pengambilan Suplemen SD2...:)

3 SAHABAT SEBELUM MENGAMBIL SD2
3 sahabat baik bersama-sama berusaha untuk berDIET dengan menggunakan SD2
SELEPAS MENGGUNAKAN SD2 SELAMA 1 BULAN!
Lihatlah hasilnya hanya dalam masa 1 bulan 2 minggu!
TESTIMONI LAIN-LAIN
Suriani Razakberjaya turun 8 KG dalam 3 Minggu
Anita Uda Turun 10kg dalam 1 bulan 







Kak Siti dari Klang berjaya turunkan berat sehingga 10kg dalam masa 1 bulan dan diberi gelaran Ratu Kebaya oleh kawanya..:)

Pantang Larang Semasa BerDIET dengan SD2


   
 PANTANG MAKAN:-
Nasi  



Roti 
1.) Elakkan KARBOHIDRAT:- Contoh: Nasi, Mi, Mihun, Laksa, Laksam, Spagetti, Fettucini, Vermicelli,
Kuew Tiau & yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan roti, Roti Berserat, Roti Bun, Roti Boy, Roti Canai, Roti Jala, Roti Bakar, Roti Pastries & semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
3.) Elakkan GULA:- tak kira gula putih, gula merah, gula melaka, madu lebah, artificial sweetener, & apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (Coke, Pepsi, 100plus, Sprite etc), kurangkan minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, & lain-lain.
5.) Elakkan buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7gram karbohidrat sebiji).
6.) Elakkan snek/makanan ringan seperti Twisties, Biskut Manis, Nachos, jeruk manis, gula-gula, Potato Crisps, Chocolate, Pop-Corn, Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts & lain-lain makanan segera & aiskrim.
7.) Elakkan segala bentuk kacang sama ada peanuts, pistachio, & lain-lain.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti Kek, Biskut, Kuih-muih & semua produk bergandum.
10.)Elakkan Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

BOLEH MAKAN:-
Protin    
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai-asalkan halal.
4.) Udang & sotong - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh.  
5.) Sayur - terutamanya sayur hijau (sawi, bayam, salad, timun). Kurangkan lobak merah, elakkan kentang.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Daging burger (pilih dari buger yang banyak daging contoh Burger Ramli) makan dengan sayur & mayonis sahaja.
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

JANGAN LUPA MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI & MAKAN MALAM(SEBELUM PUKUL 7PM)
JANGAN PONTENG MAKAN!!JANGAN BERLAPAR!!

KARBOHIDRAT(carb) - (Jangan lebih dari 35 grams sehari)
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan

Contoh menu semasa berDIET dengan SD2

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 0.2 - 1 gram karbohidrat
- Semua jenis sayur-sayuran kecuali kentang. Kurangkan lobak merah. Lebihkan sayur2 hijau dan segar.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) Salad ringan (seperempat/separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat (isikan dgn taugeh dan timun sahaja).
4.) Tempe/Tahu untuk mengantikan Nasi.

Minuman:
1.) Air biasa (Jangan kurang dari 2 liter@8 gelas sehari)
2.) Green tea/herbal tea boleh tapi jangan tambah gula











Aturcara Makan/Guna

Kombinasi SD2 + FiberMax merupakan cara TERBAIK untuk mendapatkan penurunan yang cepat!!

Cara bancuhan SD2 seperti gambarajah dibawah:


SD2
Sehari ambil 4 kali:-
(Pagi, Tengahari, Petang & Malam) boleh ambil sebelum/semasa@selepas makan
Campurkan 2 sudu SD2 + (200-250ml) air sejuk kemudian “shake”
Total 1 hari = 8 sudu (2 sudu x 4 kali)


FiberMax 
Ambil Pagi @ Malam sahaja
    Campurkan 1 scoope FiberMax + 2 scoope SD ke dalam 300ml air & shake. 
    1 kali sehari (untuk yang TIADA masalah pelawasan) 
    2 kali sehari (untuk yang ADA masalah pelawasan)

 



































Apa itu FIBERMAX ??
(SERBUK MAKANAN SERAT SEMULAJADI)

Merangkumi campuran serat larut dan tidak larut, di mana ramuannya telah terbukti seperti berikut:
  • Dedak oat terdiri dari serat larut yang dikenali sebagai glucoson beta-D yang dapat mengurangkan kadar kolesterol.
  • Menjaga kadar glukosa darah yang sihat 
  • Mendorong kemanfaatan bakteria dalam usus Membantu dalam pemukalan najis dan meningkatkan kekerapan pembuangannya.
  • Dapat mengenyangkan perut 
  • Meningkatkan keberkesanan SD 2
Didalam FibreMax terdapat 5 serat, ekstrak akar chicory, serat soya dedak gandum dan pektin. Pengambilan serat yang mencukupi mampu mengawal lemak didalam tubuh(terutama kawasan perut) dan mencegah kanser kolon. 
 
Formulasi unik FibreMax 
  • Suplemen serat yang berbentuk serbuk 
  • Mudah bercampur dengan air atau cecair lain 
  • Perasa neutral-boleh dicampur dengan minuman pilihan, atau digunakan dalam masakan
  • Menyediakan pembersihan usus yang lembut dan berkesan

Fungsi FibreMax:  
  • Menyediakan pemukalan dalam usus untuk tindakan peristaltik yang baik. Membantu melancarkan sistem pembuanganJika pembuangan tidak lancar ianya akan menyebabkan toksin berlebihan didalam badan yang akan mengganggu hormon yang akan menyebabkan terganggunya metabolisma yang akan melambatkan proses penurunan berat badan. 
  • Membersihkan dinding usus dan meningkatkan penyerapan kolostrum. Membersih usus secara selesa dan berkesan. 
  • Menyediakan tempat pembiakan untuk bakteria yang baik termasuk bakteria yang menghasilkan lendir untuk melumasi usus. 
  • Tidak memiliki nilai kalori 

KETO STICKS 
Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.

Caranya:
Lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

Sekiranya anda ingin/perlukan bekalan Keto Sticks yang lebih banyak, anda boleh mendapatkan bekalan Keto Sticks daripada kami dengan hanya RM27 untuk 50 keping Keto Sticks.

Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan:
(Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks)

Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.
Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.

Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.

Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.

Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.


Bagaimana Untuk dapatkan Nutrisi yang lengkap & seimbang?

TAHUKAH ANDA? 

Pakar pemakanan menyatakan bahawa kita terpaksa makan 4,000 kalori dalam sehari untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap dan diperlukan oleh tubuh badan.

Apa yang berlaku sekiranya kita makan 4,000 kalori sehari?
Secara purata, lelaki membakar 2,200 kalori sehari, Manakala wanita 1,800 kalori.
Kemana perginya lebihan 2,000 kalori lagi?
Tentunya ke sel-sel lemak kita dan inilah sebabnya berat badn kita semakin naik dan penampilan kita menjadi tidak menarik!


  •  SELAMAT
  • EFEKTIF
  •  PENGURANGAN BERAT YANG MAKSIMUM
  • MENJIMATKAN 
  •  TERBUKTI BERKESAN
  • DI IMPORT DARI NEW ZEALAND.
  • 100% KUALITI DIJAMIN

Friday 20 April 2012

Info Tentang SD2

Slim Diet 2
Makanan sampingan pengurusan berat badan
APA itu Slim Diet II(SD2)?

SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral.

SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.









Ciri-ciri Utama:
  • Kandungan utama bagi program Diet SD2
  • Menyediakan 40 gram protein sehari – mencapai 66% dari keperluan harian
  • Dirancang dengan bahan-bahan untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah, mengekalkan kekenyangan di antara waktu makan biasa dan membantu dalam mengekalkan jisim otot
  • Membantu mengekalkan berat yang sihat sebagai sebahagian daripada program pengurusam berat badam yang meliputi perubahan diet dan senaman.
Ramuan Aktif:
Campuran komprehensif (75%) protein soya non GMO yang diasingkan, serat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral termasuk:
9 asid amino utama
11 vitamin
12 Mineral

Sukatan
15gm(2 sudu) 4 kali sehari
Dicampur dengan 250ml air sejuk – bancuh sehinga sebati dalam Turbo Shaker
Kod/Kuantiti
6110/420gm

Produk berkenaan:
Fiber Max
Gymnema Sylvestre
Lite Seasoner
Ketone Strips
Turbo Shaker
Aloe Vera Drinking Gel

Bagaimana Tubuh Kita Berkerja?
Tubuh kita mempunyai system penambahan/pengurangan berat badan semula jadi yang telah diprogramkan secara automatic. Secara ringkas – jika anda memakan lebih banyak kalori dari yang anda telah bakar untuk mendapatkan tenaga, berat badan anda akan bertambah. Adalah penting untuk memahami bahawa penggunaan bahan bakar oleh metabolism tubuh seseorang adalah pada kadar yang berbeza. Ini dapat dilihat pada sesetengah orang yang makan dengan sedikti, tetapi berat badan bertambah, manakala yang lain boleh makan dengan banyak tetapi kekal lansing dan ramping.

 Prinsip program Slim Diet adalah untuk memasuki system semulajadi pengurangan berat badan dengan mengawal pengambilan karbohidrat harian anda. Ini hanyala system penambahan berat badan secara terbalik – jika anda makan kurang karbohidrat dari yang anda perlukan untuk tenaga, lemak yang tersimpan akan dibakar untuk menyediakan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda. Oleh itu,penting untuk anda menyimpan rekod yang tepat berkenaan pengambilan karbohidrat harian anda. Salah satu kunci kepada program kami ini adalah untuk mengenalpasti Tahap Kritikal Karbohidrat anda.

Protien Sparing Modified Fast (PSMF)
  1. PSMF telah dihasilkan di Sekolah Perubatan Harvard oleh Dr.George Cahill & Dr.George Blackburn, oleh itu ianya adalah selamat dan telah dikaji dengan teliti
  2. Dr.George Cahill, Profesor Perubatan di Universiti Havard & juga ketua yayasan Diabetis Joslin, telah mengkaji dan melaporkan tentang penghasilan Physiology Of Ketone Bodies(Fisiologi Badan Keton-Penghasilan kimia dalam tubuh)ketika berpuasa. 
  3.  Dr.George Blackburn, Pengarah Perkhidmatan Sokongan Nilai Pemakanan di Hospital Deaconess New England.
Plan Diet yang Sihat
Kebanyakan program pengurangan berat badan pada hari ini memfokuskan kepada hitungan kalori dan telah terbukti tidak efektif apabila pengamalnya berakhir dengan keadaan yang lebih buruk daripada ketika memulakannya. Program pengurangan berat badan sebegini juga boleh mengurangkan kadar metabolisma, mengakibatkan kehilangan berat badan yang sukar untuk dikekalkan. Adalah tidak sukar untuk mencipta pelan diet yang sihat dan berkesan apabila anda memahami asas pemakanan sihat dan apa yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan cepat serta tetap kekal sihat.

Berikut ini adalah berdasarkan pada konsep Protien Sparing Modified Fast yang didasarkan pada kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard – Dr George Cahill, Profesor Perubatan di Universiti Harvard dan Dr George Blackburn, Pengarah Perkhimat Sokong Nilai Pemakanan dan dibangunkan dengan kerjasama Dr. Peter Vash, seorang pakar terkemuka dalam pemakanan tidak seimbang dan obesity.
Jadi, apakah yang sepatutnya terkandung dalam pelan diet yang sihat?

PROTIEN YANG MENCUKUPI
Ini adalah untuk memastikan bahawa tubuhtidak merongkah ototnya untuk melindungi jantung, otak dan fungsi paru-paru.

ASID-ASID LEMAK UTAMA YANG MENCUKUP
Ini adalah untuk memastikan bahawa tubuh mampu mencernakan dan menyimpan vitamin-vitamin lemak boleh larut, A,D,E dan K. Minyak Flaxseed mengandungi Omega 3, khususnya asid-asid lemak EPA dan DHA yang amat penting untuk kesihatan yang baik dan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandins dan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan selaput sel.

MINERAL & VITAMIN YANG MENCUKUPI
Anda perlu memastikan bahawa anda menerima faedah harian minimum (RDA) vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan.

AIR YANG MENCUKUPI
Minimum sebanyak 2 liter sehari. Dengan pematuhan kepada pelan diet, aka nada perubahan struktur dalam tubuh badan. Apabila tisu lemak pecah, ini harus dinyahkan tanpa membebankan buah pinggang dan hati. Potassium yang mencukupi juga diperlukan untuk melindungi buah pinggang (1-2 gram sehari)

SERAT YANG MENCUKUPI
Ini amat penting bagi untuk mempertahankan fungsi usus harian. Tambahkan kadar pengambilan sayur-sayuran anda untuk memastikan fungsinya.

SENAMAN YANG MENCUKUPI
Senaman ringan membantu membakar kalori. Cara terbaik adalah dengan berjalan pantas untuk jangka masa 20-30 minit setiap hari. Rangkakan kaedah latihan yang sesuai mengikut keadaan fizikal dan gaya hidup anda.

KARBOHIDRAT TERKAWAL
Hanya makan makanan seperti dalam senarai yang disarankan. Pengurangan dan perubahan dalam jenis karbohidrat yang dimakan mungikin merupakan aspek yang paling mencabar dalam mematuhi pelan diet yang sihat ini.

Terdapat 2 jenis karbohidrat :
1) Karbohidrat ringkas:
Secara umumnya adalah bahan berwarna putih manis dan berkanji sperti gula, tepung putih, roti, nasi putih dan buah. Karbohidrat ringkas adalah mudah untuk dicernakan oleh tubuh badan dan digunakan sebagai sumber tenaga, dengan demikian dapat menyimpan lemak.

2) Karbohidrat kompleks:
Adalah bahan yang dapat dicernakan oleh tubuh badan pada kadar yang sama sebagaimana tenaga dibakar dan tenaga tambahan diperlukan apabila anda bersenam. Ini berasal dari lemak yang dileraikan. Antara sumber terbaik karbohidrat kompleks adalah sayur-sayuran dan kekacang seperti pis, kacang garbanzo, kacang merah dan kacang dal.