Friday 20 April 2012

Info Tentang SD2

Slim Diet 2
Makanan sampingan pengurusan berat badan
APA itu Slim Diet II(SD2)?

SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral.

SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.









Ciri-ciri Utama:
  • Kandungan utama bagi program Diet SD2
  • Menyediakan 40 gram protein sehari – mencapai 66% dari keperluan harian
  • Dirancang dengan bahan-bahan untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah, mengekalkan kekenyangan di antara waktu makan biasa dan membantu dalam mengekalkan jisim otot
  • Membantu mengekalkan berat yang sihat sebagai sebahagian daripada program pengurusam berat badam yang meliputi perubahan diet dan senaman.
Ramuan Aktif:
Campuran komprehensif (75%) protein soya non GMO yang diasingkan, serat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral termasuk:
9 asid amino utama
11 vitamin
12 Mineral

Sukatan
15gm(2 sudu) 4 kali sehari
Dicampur dengan 250ml air sejuk – bancuh sehinga sebati dalam Turbo Shaker
Kod/Kuantiti
6110/420gm

Produk berkenaan:
Fiber Max
Gymnema Sylvestre
Lite Seasoner
Ketone Strips
Turbo Shaker
Aloe Vera Drinking Gel

Bagaimana Tubuh Kita Berkerja?
Tubuh kita mempunyai system penambahan/pengurangan berat badan semula jadi yang telah diprogramkan secara automatic. Secara ringkas – jika anda memakan lebih banyak kalori dari yang anda telah bakar untuk mendapatkan tenaga, berat badan anda akan bertambah. Adalah penting untuk memahami bahawa penggunaan bahan bakar oleh metabolism tubuh seseorang adalah pada kadar yang berbeza. Ini dapat dilihat pada sesetengah orang yang makan dengan sedikti, tetapi berat badan bertambah, manakala yang lain boleh makan dengan banyak tetapi kekal lansing dan ramping.

 Prinsip program Slim Diet adalah untuk memasuki system semulajadi pengurangan berat badan dengan mengawal pengambilan karbohidrat harian anda. Ini hanyala system penambahan berat badan secara terbalik – jika anda makan kurang karbohidrat dari yang anda perlukan untuk tenaga, lemak yang tersimpan akan dibakar untuk menyediakan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda. Oleh itu,penting untuk anda menyimpan rekod yang tepat berkenaan pengambilan karbohidrat harian anda. Salah satu kunci kepada program kami ini adalah untuk mengenalpasti Tahap Kritikal Karbohidrat anda.

Protien Sparing Modified Fast (PSMF)
  1. PSMF telah dihasilkan di Sekolah Perubatan Harvard oleh Dr.George Cahill & Dr.George Blackburn, oleh itu ianya adalah selamat dan telah dikaji dengan teliti
  2. Dr.George Cahill, Profesor Perubatan di Universiti Havard & juga ketua yayasan Diabetis Joslin, telah mengkaji dan melaporkan tentang penghasilan Physiology Of Ketone Bodies(Fisiologi Badan Keton-Penghasilan kimia dalam tubuh)ketika berpuasa. 
  3.  Dr.George Blackburn, Pengarah Perkhidmatan Sokongan Nilai Pemakanan di Hospital Deaconess New England.
Plan Diet yang Sihat
Kebanyakan program pengurangan berat badan pada hari ini memfokuskan kepada hitungan kalori dan telah terbukti tidak efektif apabila pengamalnya berakhir dengan keadaan yang lebih buruk daripada ketika memulakannya. Program pengurangan berat badan sebegini juga boleh mengurangkan kadar metabolisma, mengakibatkan kehilangan berat badan yang sukar untuk dikekalkan. Adalah tidak sukar untuk mencipta pelan diet yang sihat dan berkesan apabila anda memahami asas pemakanan sihat dan apa yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan cepat serta tetap kekal sihat.

Berikut ini adalah berdasarkan pada konsep Protien Sparing Modified Fast yang didasarkan pada kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard – Dr George Cahill, Profesor Perubatan di Universiti Harvard dan Dr George Blackburn, Pengarah Perkhimat Sokong Nilai Pemakanan dan dibangunkan dengan kerjasama Dr. Peter Vash, seorang pakar terkemuka dalam pemakanan tidak seimbang dan obesity.
Jadi, apakah yang sepatutnya terkandung dalam pelan diet yang sihat?

PROTIEN YANG MENCUKUPI
Ini adalah untuk memastikan bahawa tubuhtidak merongkah ototnya untuk melindungi jantung, otak dan fungsi paru-paru.

ASID-ASID LEMAK UTAMA YANG MENCUKUP
Ini adalah untuk memastikan bahawa tubuh mampu mencernakan dan menyimpan vitamin-vitamin lemak boleh larut, A,D,E dan K. Minyak Flaxseed mengandungi Omega 3, khususnya asid-asid lemak EPA dan DHA yang amat penting untuk kesihatan yang baik dan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandins dan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan selaput sel.

MINERAL & VITAMIN YANG MENCUKUPI
Anda perlu memastikan bahawa anda menerima faedah harian minimum (RDA) vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan.

AIR YANG MENCUKUPI
Minimum sebanyak 2 liter sehari. Dengan pematuhan kepada pelan diet, aka nada perubahan struktur dalam tubuh badan. Apabila tisu lemak pecah, ini harus dinyahkan tanpa membebankan buah pinggang dan hati. Potassium yang mencukupi juga diperlukan untuk melindungi buah pinggang (1-2 gram sehari)

SERAT YANG MENCUKUPI
Ini amat penting bagi untuk mempertahankan fungsi usus harian. Tambahkan kadar pengambilan sayur-sayuran anda untuk memastikan fungsinya.

SENAMAN YANG MENCUKUPI
Senaman ringan membantu membakar kalori. Cara terbaik adalah dengan berjalan pantas untuk jangka masa 20-30 minit setiap hari. Rangkakan kaedah latihan yang sesuai mengikut keadaan fizikal dan gaya hidup anda.

KARBOHIDRAT TERKAWAL
Hanya makan makanan seperti dalam senarai yang disarankan. Pengurangan dan perubahan dalam jenis karbohidrat yang dimakan mungikin merupakan aspek yang paling mencabar dalam mematuhi pelan diet yang sihat ini.

Terdapat 2 jenis karbohidrat :
1) Karbohidrat ringkas:
Secara umumnya adalah bahan berwarna putih manis dan berkanji sperti gula, tepung putih, roti, nasi putih dan buah. Karbohidrat ringkas adalah mudah untuk dicernakan oleh tubuh badan dan digunakan sebagai sumber tenaga, dengan demikian dapat menyimpan lemak.

2) Karbohidrat kompleks:
Adalah bahan yang dapat dicernakan oleh tubuh badan pada kadar yang sama sebagaimana tenaga dibakar dan tenaga tambahan diperlukan apabila anda bersenam. Ini berasal dari lemak yang dileraikan. Antara sumber terbaik karbohidrat kompleks adalah sayur-sayuran dan kekacang seperti pis, kacang garbanzo, kacang merah dan kacang dal.

No comments:

Post a Comment