Saturday 21 April 2012

Pantang Larang Semasa BerDIET dengan SD2


   
 PANTANG MAKAN:-
Nasi  



Roti 
1.) Elakkan KARBOHIDRAT:- Contoh: Nasi, Mi, Mihun, Laksa, Laksam, Spagetti, Fettucini, Vermicelli,
Kuew Tiau & yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan roti, Roti Berserat, Roti Bun, Roti Boy, Roti Canai, Roti Jala, Roti Bakar, Roti Pastries & semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
3.) Elakkan GULA:- tak kira gula putih, gula merah, gula melaka, madu lebah, artificial sweetener, & apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (Coke, Pepsi, 100plus, Sprite etc), kurangkan minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, & lain-lain.
5.) Elakkan buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7gram karbohidrat sebiji).
6.) Elakkan snek/makanan ringan seperti Twisties, Biskut Manis, Nachos, jeruk manis, gula-gula, Potato Crisps, Chocolate, Pop-Corn, Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts & lain-lain makanan segera & aiskrim.
7.) Elakkan segala bentuk kacang sama ada peanuts, pistachio, & lain-lain.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti Kek, Biskut, Kuih-muih & semua produk bergandum.
10.)Elakkan Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

BOLEH MAKAN:-
Protin    
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai-asalkan halal.
4.) Udang & sotong - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh.  
5.) Sayur - terutamanya sayur hijau (sawi, bayam, salad, timun). Kurangkan lobak merah, elakkan kentang.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Daging burger (pilih dari buger yang banyak daging contoh Burger Ramli) makan dengan sayur & mayonis sahaja.
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

JANGAN LUPA MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI & MAKAN MALAM(SEBELUM PUKUL 7PM)
JANGAN PONTENG MAKAN!!JANGAN BERLAPAR!!

KARBOHIDRAT(carb) - (Jangan lebih dari 35 grams sehari)
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan

Contoh menu semasa berDIET dengan SD2

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 0.2 - 1 gram karbohidrat
- Semua jenis sayur-sayuran kecuali kentang. Kurangkan lobak merah. Lebihkan sayur2 hijau dan segar.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) Salad ringan (seperempat/separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat (isikan dgn taugeh dan timun sahaja).
4.) Tempe/Tahu untuk mengantikan Nasi.

Minuman:
1.) Air biasa (Jangan kurang dari 2 liter@8 gelas sehari)
2.) Green tea/herbal tea boleh tapi jangan tambah gula











1 comment: