Wednesday 3 October 2012

Punca Kegemukan



Masalah Gemuk Bukan Hanya Kerana Banyak Makan
Kegemukan bukan hanya kerana banyak makan dan kurang bersenam tapi juga akibat faktor lain. Antaranya yang dikenal pasti adalah keadaan kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon dan kekurangan vitamin. Namun faktor di bawah ini juga sebenarnya menyumbang kepada berlakunya masalah kegemukan

1.0  Kemurungan
 Ada bukti  bahawa kemurungan berkait dengan kenaikan berat badan. Satu kajian tahun 2010 yang dipaparkan dalam American journal of Public Health bahawa orang yang merasa sedih dan kesepian lebih cepat naik berat badannya daripada yang tidak sedih. Apalagi, ubat anti kemurungan mampu menyebabkan kenaikan berat badan.

2.0  kesan sampingan ubat
Ada beberapa ubat yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan seperti pil perancang kehamilan, kelebihan hormon kerana terapi hormone, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti kejang, ubat kanser payudara seperti tamoxifen dan beberapa ubat rawatan untuk rheumatoid arthritisserta ubat migraine dan nyeri ulu hati.

3.0  pencernaan lambat
gangguan pencernaan seperti lambat buang air besar juga dapat menambah berat badan.    Idealnya, buang air dilakukan satu jam setelah makan. Buang air besar sekali atau dua kali seharimasih dikira sihat. Tapi jika pembuangan air besar tidak begitu teratur, dehidrasi dan kurang serat dalan usus ia bole membuat tubuh anda cepat gemuk.

4.0  kurang nutrisi
kekurangan vitamin D, magnesium atau zat besi dapat menganggu system kekebalan, kurang bertenaga atau menganggu metabolism. Akibatnya terjadi kenaikan berat badan. Kekurangan energy dapat dibantu dengan mengambil kafein, manisan dan karbohidrat sederhana.

5.0  Penuaan
Ini adalah keadaan yang tidak dapat dihindari. Seiring pertambahan usia, metabolism tubuh makin perlahan. Golongan berusia membakar kalori lebih lambat dibandingkan ketika masih muda. Jadi , mereka perlu lebih banyak berolahraga dan menjaga nutrisi agar metabolism berjalan dengan baik.

6.0  mengidap fasciitis plantar
penyakit otot dan tulang seperti pelantar fasciitis, osteoarthritis dan nyeri lutut atau pinggul dapat menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak disengajakan. Pelantar fasciitis akan membuat penderitanya tidak banyak beraktiviti sehingga menyebabkan kenaikan berat badan.

7.0  menghidap sindrom cushing
berat badan disertai dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna dan kualitas kulit seperti bekas ungu atau keperakan pada perut dan kemerahan pipi menjadi tanda bahawa tubuh tidak memproses nutrisi dengan tepat atau disebut sindrom cushing. Sindrom ini menyerang sekitar 15 juta orang dewasa setiap tahun. Salah satu tanda-tandanya adalah lemak yang banyak berkumpul di bahagian tengah tubuh menyebabkan lengan dan kaki kelihatan lebih ramping.