Saturday 21 April 2012

Tips Berguna

BERSENAM dapat meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Cepat atau Lambat Penurunan berat badan berbeza mengikut bio-kimia dan tahap Metabolisma badan masing-masing.

Cara Terbaik Tingkatkan Metabolisma!..
METABOLISMA berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.

Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.

Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.

Tips semulajadi untuk tingkatkan kadar metabolisma
Bagi anda yang mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi lebih perlahan.

Ada 6 cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :

  1. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  2. Jangan sesekali meninggalkan SARAPAN PAGI
  3. Makan lebih kerap (5-6 Hidangan kecil2 contoh protien & sayur-sayuran)-Untuk Diet SD2 sahaja
  4. Minimum 2 liter @ 8gelas air kosong  sehari dapat membantu mempercepatkan kadar metabolisma, mengelakkan dihaidrasi & membantu membakar kalori.
  5. Minum teh hijau tanpa gula
  6. Mendapat rehat yang secukupnya.
Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.

No comments:

Post a Comment